TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organsasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses prmbentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah juga lebh merujuk kepada cara, gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, symbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea serta nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Antara budaya yang terdapat di sekolah ialah budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat menghormati, budaya berani menyoal, budaya membaca dan budaya penyayang. Sebagai contoh, budaya belajar ianya akan membawa ...