TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


1. PENDAHULUAN
Kaunseling adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Zuraidah (1990), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan persaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik peringatan mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.

2. ISI PENTING
Ciri-ciri penasihatan ini berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Bentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberikan peluang perkhidmatan penasihatan tanpa mengira kaum, status, latar belakang, sosial, agama dan kepercayaannya. Perkhidmatan penasihatan ini adalah tanggunggjawab bersama sama ada antara pembimbing dengan murid ataupun pembimbing ibu bapa. Penasihatan hanya boleh oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih iaitu orang yang berupaya membimbing muridnya. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses penasihatan agar memastikan masalah yang dihadapi terurus.
Antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pengurusan penasihatan murid ini ialah, menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbngan dan kaunseking sekolah. Selain itu,guru juga bertanggungjawab untuk merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid. Guru berkenaan juga perlu mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu, segala aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tujuk ajar yang merancang perkembangan murid secara optimum hendaklah dikelolakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan.

 Antara jenis perkhidmatan bimbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain) ,  perkhidmatan petempatan(membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalah gunaan dadah (memupuk rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid) , perkhidmatan  penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah) , perkhidmatan  dengan ibu bapa (Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan)

Elemen Penting Dalam Kaunseling
1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.

Konsep Psikoterapi 

Secara tradisional psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal, isu-isu personal dan konflik.

Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional: 
1. Memberi penekanan kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi.

Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting (out patient and in patient ) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa.

Definisi Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Justeru itu, kaunseling diertikan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh  kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Bimbingan
*Perkhidmatan Memberi Maklumat
*Perkhidmatan Penempatan
*Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
*Perkhidmatan Perunding Dan Rujukan
*Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
*Perkhidmatan Perbincangan Dengan Ibu Bapa
*Perkhidmatan Penilaian

JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok

Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian

Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.

Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana

Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.

Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.

Tujuan Kaunseling:
1. Menyelesaikan masalah jangka pendek
2. Mendapat celik akal
3. Tingkah laku positif
4. Mencapai kebebasan psikologi
5. Bertindak logik
6. Perkembangan optimum
7. Penyelesaian
8. Mewujudkan perhubungan sihat

Etika Kaunseling
v  Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
v  Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).
Kod Tata Laku Kaunselor
v  kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
v  lkaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
v  kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
v  kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
v  kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
v  mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
v  kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.
3. RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, bimbingan dan kauseling menitikberatkan perkembangan individu dari segi masa dan bidang. Kaunseling bukan hanya terhad kepada penyelesaian masalah klien malahan ia dijangkakan akan memperkembangkan banyak aspek dalam diri klien. Perkembangan yang diharapkan ini akan menentukan masa untuk dicapai.  Begitu juga aspek dan bidang-bidang tertentu yang klien itu sendiri setuju untuk memperkembangkannya.Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

4. RUJUKAN

Sumber Internet

Comments

Popular Posts