TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN
Bilik
pembelajaran merupakan tempat di mana berlakunya proses pembelajaran dan
pengajaran di antara guru dan juga murid. Oleh yang demikian, strategi yang
sesuai perlulah digunakan untuk menguruskan bilik-bilik pembelajaran yang ada.
Pengurusannya perlulah diteliti agar persekitaran pembelajaran yang kondusif
dapat diwujudkan. Terdapat beberapa aspek yang dibincangkan di dalam topik ini
iaitu, fizikal bilik darajah, interaksi bilik pembelajaran dan iklim
pembelajaran yang positif.
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
2. ISI PENTING
Berdasarkan topik ini didapati
bahawa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah factor fizikal Penyusanan
bilik darjah dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagof, persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat
meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Strategik pengurusan bilik
pembelajran meliputi spek penyusunan tempat duduk pelajar, meja guru dan
melakukan rutin bilik darjah. Dari segi bentuk penyusunan kerusi meja pelajar Kedudukannya
tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana
penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan
akan menyebabkan merasa terganggu. Manakala meja guru pula adalah berada di
bahagian hadapan kelas dan guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi
pembantu dalam proses pembelajaran. Rutin bilik darjah adalah seperti membuat
pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah dan ianya perlukan dilakukan
pada waktu yang telah ditetapkan.
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang
perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya
seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana
sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata
pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah
tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain didalamnya
Jenis
Bilik Darjah
Bilik darjah Tradisi
Bilik Darjah Mata Pelajaran pendidikan khas
Bilik darjah terbuka
Penyusunan
Bilik Darjah
Penyusunan
bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat
menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.
Tempat Duduk Pelajar
Kedudukan
pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu
belajar.
Meja Guru
Meja
guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas,
Guru
harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.
Pengurusan Bilik Darjah
a)
Kegiatan Rutin Bilik Darjah
b)
Faedah Rutin Bilik Darjah
Kegiatan Rutin Bilik Darjah
Dalam
menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian oleh guru iaitu; Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik
darjah. Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan,
disusun dengan betul dan mudah didapati. Guru boleh mendapatkan bantuan
daripada pelajarnya. Memilih rutin yang paling sesuai dan merancang sesuatu
rutin itu dengan sempurna dan bersistem.
Faefah Rutin Bilik Darjah
Memberi
rangsangan, Menjelaskan penerangan, Menjimatkan masa, Mempelbagaikan kegiatan,
dan Menyeronokkan pelajar.
Interaksi
Dalam Bilik Darjah
Konsep
Interaksi
Satu
proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya
dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang
perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Interaksi dalam bilik darjah adalah
satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua
pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan
manusia jenis interaksi bercorak lisan seperti Interaksi sehala atau
tradisional, Interaksi dua hala antara guru dan murid, Interaksi dua hala
antara murid dan murid,Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan
murid dengan murid dan Interaksi komputer
Jenis Interaksi Bercorak Lisan
1. Interaksi
sehala atau tradisional
2. Interaksi
dua hala antara guru dan murid
3. Interaksi
dua hala antara murid dan murid
4. Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
5. Interaksi
komputer
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, Pengurusan bilik darjah
adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru
bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Murid-muirid
akan mudah memperoleh ilmu apabila pengurusan bilik pembelajaran diuruskan
dengan baik kerana suasana dan fizikal bilik pembelajaran adalah dalam keadaan
yang kondusif.
4. RUJUKAN
Sumber Internet
http://tinta3ipis.blogspot.my/2013/03/mengikut-kamus-dewan-edisi-keempat.html
Comments
Post a Comment