TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organsasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses prmbentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah juga lebh merujuk kepada cara, gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, symbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea serta nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.
            Antara budaya yang terdapat di sekolah ialah budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat menghormati, budaya berani menyoal, budaya membaca dan budaya penyayang. Sebagai contoh, budaya belajar ianya akan membawa pengaruh dalam proses pembelajaran. Budaya yang positif seperti sikap suka bertanya akan dapat membolehkan murid memahami sesuatu pengajaran itu dengan lebih jelas. Budaya yang negative pula akan menyebabkan proses engajaran itu terganggu dan maklumat tidak dapat disampai kepada murid.
            Perbezaan budaya sekolah yang diamalkan disekolah di bandar lebih sistematik berbanding luar bandar. Pelajar di sekolah bandar lebih senang dibentuk dan didisiplinkan serta pihak sekolah di sekolah bandar juga lebih tegas dan peka dengan pelajar yang melanggar peraturan. Selain itu, ianya berkait rapat dengan zaman yang semakin maju dimana pelajar lebih berfikiran terbuka kerana pelajar di kawasan bandar lebih banyak terdedah dengan perkembangan semasa berbanding pelajar diluar bandar. Berbeza pula dengan sekolah di luar bandar yang kurang sistematik berbanding sekola dibandar kerana faktor persekitaran dan kemudahan. Peraturan yang ditetapkan di sekolah luar bandar kebanyakannya tidak diikuti dan pihak sekolah juga memandang remeh tentang hal ini. Hal ini demikian kerana pelajar di luar bandar itu sendiri sukar untuk dikawal kerana kebanyakan mereka juga tidak dikawal oleh ibu bapa sendiri.
            Budaya berpakaian yang diamalkan disekolah pada waktu ini adalah relaven dan sesuai denga tuntutan agama masing-masing. Para pelajar akan mengenakan pakaian seragam sekolah dengan mempunyai identiti sebagai pelajar sekolah. Pengenaan pakaian ini adalah dapat membezakan pakaian pelajar sekolah dengan orang awam. Penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pemakaian di sekolaha daah melalui mengetatkan unang- undang sejolah, membuat pemeriksaan kepada pelajar dan mengenakan hukuman yang setimpal bagi pelajar yang melakukan kesalahan.
            Masyarakat sekeliling juga turut mempengaruhi budaya sekolah. Budaya sekolah yang dimaksudkan di sini adalah budaya aktiviti ko-kurikulum yang diamalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Masyrakat sekeliling dapat mempengaruhi aktiviti ko-kurikulum melalui aktiviti-aktiviti setempat yang dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah dikawasan pedalaman lebih sesuai diadakan aktiviti perkhemahan berbanding lawatan sambil belajar ke pusat sains dan juga sealiknya.
            Kesimpulannya, komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab. Budaya yang terdapat di sekolah banyak memberi kesan terhadap murid dan memberi kesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebanyakan murid umpama dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya dari segi kehadiran, mengajar dengan penuh bersemangat, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi.



RUJUKAN :


Comments

Popular Posts