TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER


1. PENDAHULUAN
   Menurut James A.F Stoner & Charles Wienkel, pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.  Pengurusan juga adalah proses mencapai matlamat organisasi dengan bekerja dengan dan melalui orang dan sumber-sumber organisasi lain. Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan harian. Sumber terdiri daripada pelbagai kategori iaitu sumber alam semula jadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber tersebut digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup serta mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan tadi. Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

   Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. Contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.

2. ISI PENTING
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Kepentingan Sumber

1. Media komunikasi
-Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
- Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
- Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima

2. Sebagai ransangan
  -Murid lebih minat belajar
  - Bahan sebagai ransangan utama murid
  - Memahami sesuatu dengan lebih mendalam
  - Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting

3. Penjelasan makna dan konsep
  -Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
  - Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
  -Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
  -Mengembangkan corak pemikiran murid

4. Penggerak penggunaan pelbagai media
  -Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
  -Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
  -Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran

5. Sumber pengalaman
  -Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung
  -Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
  -Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yang diperoleh
  -Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid

      Jenis-jenis sumber yang  terdapat  ialah perpustakaan, makmal sains dan makmal komputer. Perpustakaan  merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber- sumber ilmu dahulu dan kini. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran 
pembelajaran amali sains . Aspek utama dalam pengurusan  makmal sains ialah  keceriaan
makmal sains, penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan serta keselamatan makmal 
sains. Tindakan guru samasa berlakunya kemalangan di dalam makmal sains ialah 
mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku dan jika di luar kemampuan diri dalam 
menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman. Jika kecederaan 
teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah, bagi kemalangan besar, 
hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera dan memberitahu ibu bapa 
pelajar yang berkenaan. Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir 
sekolah.

            Di makmal komputer pula, menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian 
khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan 
pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa 
memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal 
komputer pada setiap masa. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer 
tanpa izin atau semasa ketiadaan guru  Selain itu,.  sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan 
dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya pengurusan sumber yang cekap membolehkan sesuatu organisasi mencapai matlamatnya dengan baik. Pengurusan sumber juga memberi gambaran yang luas terhadap tugasan guru dalam menguruskan sumber-sumber yang terdapat disekolah bagi kegunaan murid disamping turut berperanan untuk memntau keselamatan murid sewaktu menggunakan sumber yang digunakan.

RUJUKAN :


Comments

Popular Posts