TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1. PENDAHULUAN
Tingkah laku di sekolah
dapat diperlihatkan di dalam pelbagai jenis bentuk dan ragam. Keadaan yang
sesuai amat perlu bagi memastikan para pelajar mendapat suasana yang selesa
semasa belajar. Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling, hal demikian akan menjejaskan prestasi pelajaran serta keupayaan
mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Tingkah laku yang sering dibincangkan di sekolah ialah berkenaan
dengan tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang dan tingkah laku yang
melibatkan permasalahan disiplin di sekolah. Masalah-masalah yang ada akan
menyebabkan proses PdP terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar Tingkah laku negatif biasanya
dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan
kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah
seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa
tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidakmenarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid
bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising
menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (SaayahAbu:2008).
Manakala, menurut
Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi
teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl
Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan
lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku
manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak
normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.
2. ISI PENTING
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak
merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya
tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan
membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam
perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru
dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini,
kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga
merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan
proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan
aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga
merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak
hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka
melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru.
Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak
seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka
tidak mudah bosan.
Tingkah laku
bermasalah positif merangkumi :-
·
Tingkah laku ingin tahu – sikap
ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat
·
Tingkah laku cepat belajar – cepat
menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat
mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
·
Tingkah laku pintar cerdas –
sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir
·
Tingkah laku proaktif –
sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding
kawan-kawan yang lain
3.1.2 Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka
mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas
merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku
distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu
kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah
laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka
membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif
merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering
menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku
bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi
kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah.
Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan
kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan
KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU
Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang
bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan
Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka
sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan
kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya
mereka melakukan kebaikan.
Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang
dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah
daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang
membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar.
Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap
kasar dengan pelajar disebabakan berbagai-bagai masalah sebalaiknya pelajar
sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru,
hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat
diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi menimba ilmu dapat
dipertingkatkan.
Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila
mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang
telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka
dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang
betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi
dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang kemahiran.
Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan
dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk
mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak
perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak
melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.
Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan
pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti
kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan
hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan
menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif
yang tidak perlu ada dalam diri mereka.
Di dalam pengurusan
tingkah laku, guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus
ditunjukkan oleh murid tersebut. Guru harus mengenal pasti tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid. Guru mesti terus modifikasi
tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan lagi ganjaran ekstrinsik dan
menunjukkan tingkah laku yang betul kerana motivasi intrinsiknya.
Antara langkah yang
boleh dilakukan ialah pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak
diingini. Guru harus melupuskan tingkah laku yang tidak dikehendaki melalui
proses penghapusan (melalui mengenakan denda). Jika guru gagal mengawal tingkah
laku murid dengan menggunakan peneguhan yang positif, guru perlu menggunakan
peneguhan negative dalam bentuk denda atau hukuman.
Melalui teknik
modifikasi, guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku
bermasalah dengan membuat pemantaun dan penilaian dalam bilik darjah.
Penyimpanan rekod salah laku murid-muridnya seperti’ bila ia berlaku dan
bagaimana ia berlaku’ kerana proses merokod ini amat penting dalam teknik
memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik modifikasi lain ialah peneguhan. Di
dalam peneguhan positif, kebarangkalian berulangnya tingkah laku yang diingini
yang ditambah manakala melalui peneguhan negetif kebarangkalian berulang
tingkah laku operan di tambah dengan memindah atau menghapuskan stimuli yang
menggunakan.
Pengenaan denda pula
adalah bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan
bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa
tingkah laku yang baik itu diberi ganjaran dan jjuga pada masa yang sama diberi
hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan
bahawa denda itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Reverse psychology pula
menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negetif kepada positif.
Kemahiran guru untuk memahami psikologi murid, mengenal pasti sikap, pandangan
dan pemikiran dalamannya adalah amat diperlukan. Selain itu, Shaping pula
merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin
hampir kepada tingkah laku yang baik. Ganjaran yang ditawarkan oleh guru
menjadi semakin besar apabila murid bergerak kea rah pencapaian tigkah laku
yang ditetapkan.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, tingkah
laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia
tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.
Pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukkan tingkah laku yang baik terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesuatu tindakan itu. Selain itu, Pendidik hendaklah memahami mengapa pelajar melakukan masalah tingkah laku yang ada dan mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk menangani masalah-masalah tersebut. Tindakan terus menghukum pelajar tanpa memahami tingkah laku mereka tidak akan menyelesaikan masalah tingkah laku yang dibuat oleh pelajar tersebut malahan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
Pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukkan tingkah laku yang baik terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesuatu tindakan itu. Selain itu, Pendidik hendaklah memahami mengapa pelajar melakukan masalah tingkah laku yang ada dan mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk menangani masalah-masalah tersebut. Tindakan terus menghukum pelajar tanpa memahami tingkah laku mereka tidak akan menyelesaikan masalah tingkah laku yang dibuat oleh pelajar tersebut malahan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
4. RUJUKAN
Sumber Internet
http://mycikguprihatin.blogspot.my/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-laku.html
https://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-Tingkah-Laku-PBS
https://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-Tingkah-Laku-PBS
Comments
Post a Comment