TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terlebih dahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
            Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan berkeperluan khas. Mereka termasuk golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Objektif pendidikan khas ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan khas. Selain itu ianya juga bertujuan untuk menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid keperluan khas.
            Selain itu, Program Pemulihan juga merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti.
            Selanjutnya, pengayaan pula merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka. Melalui pengayaan ini guru perlu menyediakan bahan bantu belajar seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain.
            Kesimpulanya, pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Walaubagaimanapun, usaha yang dijalankan dan ditambahbaikkan ia akan membantu ramai individu kurang upaya untuk turut berjaya didalam akademik. Maka, ianya dapat difahami bahawa pengurusan pelbagai upaya adalah merupakan sebuah usaha untuk membantu ramai individu lain yang mempunyai keupayaan yang berbeza untuk turut sama berjaya dalam akedemik.


RUJUKAN :

Comments

Popular Posts