TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah pula merupakan kawasan sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tingggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berobjektf untuk mencapai  objektif dan mtlamat  sosial  bagi melahirkan  manusia yang  cemerlang dari segi keilmuan tetapi membentuk  manusia yang bersahsiah  baik  serta memahami  tanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            Persekitaran fizikal merupakan sususnan dan reka bentuk fizikal di sekolah. Aspek yang di beri perhatian dalam persekitara fizikal ini adalah seperti sumber bahan pembelajaran, pencahayaan, ruang atau sudut pembelajaran, pengudaraan, perabot dan kebersihan. Persekitaran psikososial pula merupaka sebuah suasana selesa dan mesra. Suasana yang baik yang dapat merangsang pelajaran dan menggalakkan pembelajaran koperatif. Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal. Selain itu, ianya juga turut memberi peluang yang sama kepada semua murid tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
            Selain itu, ciri-ciri iklim sekolah yang kondusif adalah melalui hubungan yang saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya. Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara pada pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang masra dan bahagia.
            Peranan sekolah kepada masyarakat adalah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadiakan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kretif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kamahiran teknikal dan psikomotor.
            Hubungan sekolah dengan ibu bapa ialah dengan mewujudkan muafakat antara ibi bapa dan guru. Hubungan ini turut membantu dalam memajukan perkembangan murid. Kebajiakan murid akan terjaga hasil daripada usaha ini dan Ia juga dapat menambah sumber kewangan sekolah.  Anggota masyarakat, sekolah dan pelajar akan turut serta dalam menjayakan aktiviti dan program sekolah dan hubungan ini menunjukkan adenya interaksi dan kerjasama antara semua pihak.
            Kesimpulannya, hubungan anatara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dengan ibu bapa dapat membentu mancapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.



RUJUKAN :
Kamaruddin, H.H. (1994), Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, UPM Serdang, Utusan Publications & distributors Sdn Bhd.

Comments

Popular Posts