TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebgai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selasa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
            Asas kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa guru tersebut mengambil berat  terhadap semua pelajarnya didalam bilik darjah. Pelajar akan merasa hubungan mereka lebih rapat dan mesra dengan guru. Manakala guru pula mampu mendekati pelajarnya dan dapat mengguanakan teknik yang sesuai untuk mendidik pelajarnya.
            Selain itu, cara seorang guru dalam membentuk suasana yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah melalui komunikasi.  Melalui komunikasi, ia dapat menghasilkan sebuah motivasi yang berkesan dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dapat ditanam dan diterapkan dengan mudah dan berkesan. Disamping ity, murid-murid juga dapat menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berkhikmah. Kepentingan pengurusan alam pembelajaran menurut Noraisah Ibni Qasim ialah pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukakan untuk mengajar, mamastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai sarta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
            Menurut Ee Ah Meng (1995), pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya dan kemujaraban pemindaan maklumat daripada guru kepada muridnya. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kualiti dan kuantiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasil nya. Biasanya tingkah laku dn minat murid akan berubah apabila bertukar guru, terdapat guru yang digemari murid dan sebaliknya.
            Kesimpulannya pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan alam pembelajaran supaya semasa dalam kelas, sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dan masalah guru dalam terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut tadak berlaku.


RUJUKAN :
https://prezi.com/lzaycwayzn6x/kumpulan-14-pengurusan-alam-pembelajaran/

Comments

Popular Posts