TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
PENDAHULUAN
Menurut
Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo
(1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah
penyempurnaan sesuatu objektif. Robert Kreither menyatakan kepimpinan sebagai keupayaan
mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela.
Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam
menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan atau kegiatan yang
terarah pada tujuan organisasi.
Sebuah
organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja
bersama-sama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi itu
sendiri. Dalam erti kata lain organisasi ini ialah satu unit sosial di mana
manusia didalamnya akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dalam menjalan
peranan.
Organisasi Dan Kepimpinan Sekolah
PENGETUA -Pemimpin/Ketua
-Pengurus
kurikulum dan kokurikulum
-Pengurusan
tenga pengajat dan kakitangan
-Pengurus
dalaman dan luaran
PENOLONG KANAN -Mengajar
-Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
-Bantu dalam pentadbiran harian
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID -Mengajar
-Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
-Kemasukan dan pendaftaran pelajar
-Perhubungan awam tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM -Mengajar
-Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
-Perhubungan awam
-Pentadbiran harian
-Tugas-tugas
lain
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
-Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
-Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
-Membuat rancangan tahunan sekolah
GURU KELAS -Buku daftar kedatangan
-Pengurusan
yuran khas
-Perkara-perkara
akademik
-Bantuan
kewangan
-Biasiswa
-Tugas-tugas
lain
GURU -Mengajar
-Membuat perancangan P&P
-Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
-Mentadbir dan mengurus bilik darjah
-Tugas-tugas lain
MURID -Mematuhi dan memahami peraturan
sekolah
-Menjaga dan
memelihara harta benda sekolah
-Menjaga serta
meningkatkan kebersihan sekolah
-Memahami susun
lapis masyarakat di sekolah
-Menghormati lagu
sekolah
Gaya Kepimpinan semestinya diamalkan di sekolah. Terdapar
beberapa gaya kepimpinan
yang
wujud. Antaranya ialah :
Autokratik
Gaya
kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja
& menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya
untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada
hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang
bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan.
Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia
hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka
mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti
dan sempurna.
Demokratik
Gaya
kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan
yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh
orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan
mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka.
Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan
hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi
orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di
bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama
ahli.
Laissez-faire
Kepimpinan
bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan
kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan
kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi
kebebasan kepada pekerja untuk menentukan matlamat
mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.
Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak
memimpin mereka dalam melakukan tugas.
Kontigensi
Kaedah
kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The
Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi
kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi
berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya
kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan
kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi,
kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
Asertif
Kepimpinan
asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya,
membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan
dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain.
Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat
keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu
dengan kebenarannya.
Responsif
Kepimpinan
responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum
membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat
setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap
pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.
Agresif
Gaya
kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan
hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak
orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling
benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang
lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan
yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan
menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya
dan untuk membuktikan dia bersalah.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, Kepimpinan
menentukan arah tuju sesebuah organisasi. Jika kepimpinannta adalah baik, makan
organisasi akan menjadi maju dan sebaliknya.
RUJUKAN
1. James D. Mooney (1939). The
principles of organization. New York: Harper & Brothers.
2. Stephen P. Robbins (2002). Organnizational Behaviour. United
States: Pearson Custom Publishing
3. George R. Terry (1972). Principles of Management. United
States: Pearson Custom Publishing.
4. Kamus Dewan edisi keempat
https://www.slideshare.net/ikha2203/organisasi-dan-pengurusan
Comments
Post a Comment