TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENDAHULUAN
    Menurut Mary Parker Follet (1995), Pengurusan adalah sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Menurut BowerdanHilgard (1981), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. Fryetal (2003) pula menyatakan pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

    Pengurusan pembelajaran ialah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. Selain itu, ianya juga bermaksud proses merancang, pengorganisasian, memimpin dan mengawal usaha-usaha ahli organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara

  ISI PENTING
    Pengurusan pembelajaran amat penting dalam pembelajaran kerana berperanan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Hal ini adalah keranan, pemgurusan pembelajaran akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ianya juga berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran bagi mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan pembelajaran juga mampu meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.

Guru  berperanan sebagai pengurus bilik darjah.  Guru bertanggungjawab untuk merancang, mengelola, mengawal dan mengarah. Dalam aspek merancang itu , sebagai contoh guru berperanan untuk merancang objektif pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran, merancang bahan-bahan pengajaran dan merancang kemudahan  serta susun fizikal bilik darjah. Dengan adanya perancangan tersebut menjadikan kerja guru dalam pengejaran akan lebih mudah dan efektif.  Dalam aspek mengelola pula, guru bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah, aktiviti murid,aktiviti kumpulan dan kaedah fizikal dan kemudahan. Dalam aspek mengawal pula, guru perlu mengawal peraturan bilik darjah,memastikan  tiada masalah disiplin  dan mengawal murid bermasalah peribadi. Seterusnya, dalam mengarah, guru akan mengarahkan murid menjawab soalan guru,murid harus mematuhi  disiplin bilik darjah dan mengarah untuk menguruskan tugas harian bilik darjah.

Antara Peranan Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah :
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang aktiviti penilaian.
2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan. 
4.  Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca, mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah.
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.

 RUMUSAN
  Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran melancarkan proses pengurusan bilik darjah yang baik dan dapat menjamin prestasi pelajar untuk menjadi lebih baik. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah sangat penting dalam membawa kepada kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan sebagai sorang guru adalah dipenuhi dengan tanggungjawab, maka apabila suatu tugasan itu diuruskan dengan baik maka sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik.

RUJUKAN

Comments

Popular Posts