TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus
Pelajar Edisi Kedua), Interaksi didefinisikan sebagai tindakan atau perhubungan
aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran adalah
proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu
lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar
dapat terjadi proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada anak didik. Interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan
pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi
pembelajaran. Tindakan
atau perhubungan aktif antara satu sama lain dan Tindak balas antara dua pihak
atau lebih. Berinteraksi bermaksud
bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain.
Gillin mengatakan bahawa interaksi merupakan suatu hubungan yang bersifat
dinamik di dalam bersosial antara individu dengan individu yang lainnya,
individu dengan kelompoknya atau kelompok lain dengan satu kelompok yang lain.
Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat pula, interaksi bermaksud
tindakan atau perhubungan aktif antara satu dama lain, tindak balas antara dua
atau beberapa pihak di mana di dalam proses tersebut, interaksi yang berlaku di
dalam persekitaran adalah bertujuan untuk mempengaruhi satu sama lain.
ISI PENTING
Terdapat beberapa interaksi
yang mungkin terjadi di dalam bilik darjah. Antara interaksi yang berlaku
dalam bilik darjah ialah interaksi dua hala. Interaksi menjadi dua hala apabila guru
bertanya dan pelajar menjawab, atau pelajar bertanya dan guru menjawab.
Interaksi antara rakan sebaya tiada. Interaksi pasif seperti ini membuatkan
pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta
ke dalam minda mereka.
Selain itu, interaksi kumpulan yang
bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam PdP. Kerja
berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan sesama mereka
dalam perbincangan. Guru hanya menjadi pemudahcara. Interaksi sebegini mampu
memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi, perpaduan.
Dalam keadaan ini, pelajar yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan
mampu berinteraksi dengan aktif bersama rakan lain. Sesi sumbang saran
sebegini mampu menjana idea yag berkualiti daripada pelajar.
Interaksi dalam
pembelajaran juga tidak ketinggalan daripada merangkumi aspek komunikasi.Proses
interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.Interaksi
adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara
anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989: 184) . Individu, emosi, perlakuan
dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain
melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Individu-individu ini
berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan
kata-kata (Mead 1934).
Seterusnya, interaksi antara kumpulan. Interaksi ini berlaku selepas interaksi kumpulan dimana selepas berbincang dalam kumpulan, guru akan mengadakan sesi pembentangan. Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.
Akhir sekali ialah interaksi sosial. Istilah
sosial adalah makna kepada sesuatu perlakuan dalam sesuatu komuniti. Kamus
Dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk kepada persahabatan,
pergaulan dan apa sahaja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Namun dalam
konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti
berkumpulan. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yang maksimum
antara pelajar. Strategi pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk wujudkan
interaksi sosial.
Interaksi merupakan elemen yang terpenting
dalam aspek pembelajaran. Hal ini adalah kerana interaksi akan melancarkan
proses pembelajaran dan pengajaran antara guru dan para pelajar kerana ilmu
disampaikan secara terus kepada para pelajar.
RUJUKAN
:
Kamus
Dewan Edisi Keempat
https://www.coursehero.com/file/20907906/Interaksi-Dan-Pembelajaran/
Comments
Post a Comment