TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENDAHULUAN
Menurut
(Bosch, 2006), pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan
pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Mok Soon Sang (2011) menyatakan pengurusan bilik
darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha
untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai. Noraini
Idris (2009) pula menyatakan pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan
suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi
pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat
perancangan sendiri.
Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi aspek pelajar, guru, ruang dan alat pembelajaran. Persekitaran bilik
darjah banyak mempengaruhi perkembangan pelajar. Oleh itu guru perlu bijak
mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah dan teknik untuk membantu proses
perkembangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak dapat
dipisahkan dengan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam
bilik darjah. Suasana bilik darjah yang menarik dan ceria akan merangsang minat
pelajar untuk terus melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.
Secara amnya bilik darjah merupakan bilik-bilik di
sekolah iaitu tempat dimana sekumpulan pelajar atau murid mengikuti sesi
pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Konsep
bilik darjah berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan pendidikan. Konsep
bilik darjah biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri
penyusunan fizikal. Namun untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak
semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi
mencakupi murid-murid dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi di
dalamnya. Maka, bilik darjaha merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang
terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar mempunyai matlamat dan harapan
yang sama.
Menurut Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek &
Baharudin Omar : pengurusan bilik darjah merupakan satu
proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah
termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkankomuniskasi
serta interaksi di kalangan pelajar dan guru (ms 2).
ISI PENTING
Faktor Fizikal Bilik Darjah
Faktor pertama yang mempengaruhi
suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Intipatii pengajaran
melibatkan guru berinteraksi dengan murid dan kurikulum. Namun begitu terdapat
secara kurang disedari, banyak perkara lain yang menyumbang ke arah kejayaan
pengajaran dan pembelajaran. Kerusi, meja, almari, papan kenyataan, poster,
komputer, papan tulis, buku, pensel dan semua alat tulis yang digunakan
kesemuanya memainkan peranan yang tersendiri ke arah kecemerlangan pembelajaran
(Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 2011).
Mewujudkan bilik darjah yang selesa merupakan faktor
yang terpenting dalam pengurusan bilik darjah. Bilik darjah yang menarik adalah
kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah
seperti kerusi-meja, buku rujukan,pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis
dan lain lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana
fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran ialah penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai
akan memudahkan interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai
carta,gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaankepada
murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan.Tingkap
dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik. (Akhiar
Pardi & Shamsina Shamsuddin, 2011).
Jenis Pusat Pembelajaran
Maksud pusat pembelajaran secara
langsung ialah pengurusan sudut dan ruang pembelajran mestilah dikelolakan
dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti
pembelajaran. ( Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 2011). Selain itu, Beatty
(2007) dalam kajiannya mendapati kemahiran interpersonal dan intrapersonal
dalam elemen kecerdasan emosi adalah sangat perlu bagi melahirkan pemimpin
instruksional yang berkesan.
Bahan Pembelajaran
Bahan pembelajaran merupakan komponen penting yang
harus dipersiapkan oleh guru sebelum
melaksanakan kegiatan belajar dan pembelajaran. Kelengkapan bahan pembelajaran
akan membantu guru dan murid dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah.
Lebih dari itu, bahan pembelajaran merupakan komponen yang sangat penting bagi
menentukan tercapainya tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang lengkap dan disusun secara
sistematik dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
efisien. Kualiti bahan pembelajaran juga merupakan salah satu faktor penentu
bagi proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai tujuannya. Oleh hal itu,
bahan pengajaran merupakan suatu unsur yang sangat penting yang harus mendapat
perhatian semua guru dalam pelaksanaan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah sehingga tujuan pembelajaran yang diinginkan dapat tercapai.
Guru sebagai pelaksana pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dituntut untuk mampu menghasilkan bahan
pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Bahan pembelajaran berkualiti yang
dimaksudkan adalah bahan pembelajaran yang dapat membantu menjawab permasalahan
serta memenuhi keperluan murid dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan
pembelajaran seharusnya dapat memberikan pengetahuan, keterampilan, serta nilai
dan sikap yang harus dipelajari murid untuk mencapai standard kompetensi yang
telah ditentukan.
Pengurusan Sumber Pembelajaran
Pengurusan sumber bermaksud satu
proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses
pengajaran dan pembelajaran sempurna. Guru yang mahir dalam mengurus sumber
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan seterusnya dapat
merangsang pembelajaran murid dalam bilik darjah.
Dalam bidang pendidikan, sumber ialah
segala bahan dan alat yang dapat membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Objektif pengurusan sumber adalah untuk membantu guru untuk mewujudkan
persekitaran pendidikan yang sistematik dan teratur. Melalui temu bual yang
dilaksanakan, responden mengatakan bahawa objektif utama pengurusan sumber
pembelajaran dalam bilik darjah di
sekolah tersebut adalah untuk memastikan guru-guru memaksimumkan penggunaan
sumber yang telah diperuntukkan dalam kelas.
Objektif pengurusan sumber yang seterusnya pula
adalah untuk menimbulkan minat dan semangat murid untuk belajar. Pengurusan
sumber yang berterusan dalam bilik darjah mampu membangkitkan semangat para
pelajar untuk belajar. Selain itu, pengurusan sumber pembelajaran juga
bertujuan untuk memastikan aktviti-aktiviti bilik darjah berjalan tanpa
gangguan.
Peranan Guru Dalam Melahirkan
Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif
a - Kedudukan meja pelajar
b -Alat bantu mengajar (ABM)
c - Papan kenyataan
Interaksi
bermaksud pengaruh atau aksi dua hal. Dalam proses ini, seorang individu
berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam
persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain di dalam bilik darjah.
Terdapat 3 jenis
pola interaksi iaitu:
1.
Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2.
Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid
dengan murid
3.
Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid, murid dengan
murid
dan murid dengan guru.
Pengurusan Disiplin dalam Bilik Darjah
Disiplin
dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses
pembelajaran. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa
maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Menurut Oliva (1956)
disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti,
keadaan bilik darjah yang teratur.
Tujuan
disipilin adalah untuk melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan
diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan-peraturan yang
diterima umum.
Punca
Disiplin
Kebosanan
- guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan
tahap pencapaian pelajar.
Pengurusan
lemah – penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang
bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak
halangan yang menganggu kelancaran pelajaran.
Tahap
kesukaran – pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu
sukar, kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa
terlalu
Keliru
– pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru tidak memberitahu secara jelas
dan menerangkan apa yang diinginkan daripada pelajar
Keyakinan
– harga kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri
sendiri.
Jenis-Jenis Disiplin
(a)
Disiplin antara Guru
Bertanggungjawab
menentukan peraturan-peraturAn bilik darjah dan memastikan pelajar patuhi.
Melalui disiplin antara guru, guru punyai kuasa mutlak atas kawalan,
arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan.
(b) Disiplin
arahan kerja
Diwujudkan
apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan mempunyai ciri motivasi
yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan
murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan
kepentingan sendiri.
(c)
Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin
yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan
ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa interaksi antara rakan
guru perlu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan
disemai dalam ahli kumpulan
(d)
Disiplin Arahan Diri
Yang
melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan. Biasanya wujud secara tidak
sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara rasional.
Boleh juga dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan
kepentingan dan kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi
dan kerjasama.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah merupakan
elemen yang sangat penting dalam sesebuah sekolah bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang daripada segala aspek. Pengurusan bilik darjah merupakan tugas
penting yang memerlukan pengetahuan, kesabaran, kemahiran dan komitmen yang
tinggi bagi mencapai kesan yang hebat seperti yang diharapkan. Bagi menjadi
seorang pengurus bilik darjah yang mantap seseorang guru mahupun bakal guru
harus mendapatkan maklumat yang secukupnya berkaitan dengan bilik darjah. Hal
ini kerana seorang guru yang lengkap akan dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan berkesan, begitu juga halnya dengan pengurusan
bilik darjah yang strategik akan menghasilkan proses penjagaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.
Rujukan :
1.
Abd. Rahim Abd.
Rashid (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan
Publication & Distribution Sdn. Bhd.
2.
Akhiar Pardi &
Shamsina Shamsuddin (2011), Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku,
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
3.
Khalid Ismail,
Ibrahim Tamby Chek & Baharudin Omar (2005), Pengurusan Bilik Darjah dalam
Konteks Pengajaran dan Pembelajaran Perakaunan, Prentice Hall Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.
4.
Mok Soon Sang
(2009), Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku, Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
5.
Pengurusan Bilik
Darjah (1994), Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala
Lumpur.
Comments
Post a Comment