TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Perkataan
sosiologi berasal dari perkataan Latin iaitu socius yang bermaksud
kawan dan kata Yunani, logos yang bermaksud kata atau berbicara.
Jadi, sosiologi dapat diertikan sebagai berbicara mengenai masyarakat. Sosiologi
pertama kali diperkenalkan oleh Aguste Comte, seorang ahli falsafah berbangsa
Perancis pada abad ke-19. Aguste Comte memperkenalkan sosiologi sebagai ilmu
pengetahuan kemasyarakatan. Mengikut Ottoway (1964) di dalam
buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan,
sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan.
Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat.
Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat
kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Menurut Max Weber (1864-1920),
sosiologi ialah perilaku manusia dan mengkaji sebab-sebab terjadinya interaksi
sosial. Sosiologi juga meneliti masyarakat setempat dari sudut hubungan antara
manusia, Robert Ezra Park (1864-1944).
Pembelajaran
ialah suatu perubahan dalaman diri seseorang, pembentukan perkaitan-perkaitan
baharu, ataupun potensi-potensi untuk tindak balas yang baharu (Teori-teori pembelajaran, hlm 5).
Pembelajaran
dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat,
terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk
menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan
masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu. Pembelajaran juga dilihat
sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status
seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi
pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat
ISI
PENTING
Teori Fungsionalisme
Teori Fungsionalisme diperkenalkan oleh Herbert Spencer
dan Emile Durkheim. Menurut mereka,
manusia adalah masyarakat yang stabil, integrasi, tidak statik dan setiap ahli
masyarakat mempunyai fungsi yang serupa untuk menjalankan tugas supaya suasana
harmonis. Durkheim juga berpendapat tiada aktiviti akan wujud dalam masyarakat
dan kehidupan sosial menjadi huru-hara apabila tiada agensi yang mengawal
aktiviti manusia. Melalui Model Durkheim, didapati sistem sosial adalah
organsasi yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan-keperluan dalam masyarakat.
Jika dikaitkan dengan pembelajaran, teori fungsionalisme menunjukkan setiap
organisasi di sekolah mempunyai peranannya yang tersendiri yang diperlukan oleh
setiap masyarakat. Sebagai contoh, PIBG yang diwujudkan adalah sebuah
organisasi yang diperlukan bagi memudahkan ibu bapa dan guru-guru berkongsi
pendapat bagi memastikan murid-murid dapat belajar dengan keadaan yang kondusif
dan mendapat ilmu yang sewajarnya di sekolah.
Teori Konflik
Teori konflik pula bertentangan
dengan teori fungsionalisme. Teori ini beranggapan bahawa masyarakat sentiasa
dalam keadaan konflik dan tidak stabil. Menurut Karl Marx, konflik ini
mendatangakan kesan positif dalam jangka panjang. Dalam konteks pembelajaran,
konflik sentiasa berlaku terhadap setiap lapisan masyarakat di sekolah iaitu
terhadap guru, murid mahupun pengurusan pentadbiran sekolah. Sebagai contoh,
konflik perkauman antara murid-murid di sekolah berlaku sejak sekian lama namun
konflik ini dapat ditangani oleh pihak sekolah dengan program-program yang
disediakan serta dapat mengeratkan hubungan antara murid-murid tidak kira
bangsa atau pun agama. Teori ini menyifatkan Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan akan
berkejasama untuk mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.
Teori Interaksionisme
Dari
segi teori interaksionisme, teori ini juga dikenali sebagai teori interaksi
simbolik yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori
fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia
keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia
tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosial yang menbentuk realiti. Teori
ini telah di perkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert
Mead (1863-1931). Manakala ahli yang menerapakn teori ini dalam pendidikan
ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And
Education”. Teori ini lebih memfokuskan kepada meneliti
makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru
dan murid. Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk
realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah.
RUMUSAN
Kesimpulannya, sosiologi dan pembelajaran adalah menerangkan bagaimana
hubungan yang wujud antara masyarakat dengan pendidikan atau pembelajaran
dimana hubungan ini dijelaskan dengan tiga teori yang telah dikemukakan.
Perspektif teori telah digunakan untuk meyediakan penghuraian yang logik
mengenai bagaimana hubungan ini dapat diwujudkan.
RUJUKAN
Teori-teori Penghantar dan Terapan,
halaman 3
Comments
Post a Comment